DIKEMASKINI: Mayat mangsa kebakaran pusat tahfiz tiba di HKL

14/09/2017 11:24am


Kesemua mayat itu tiba di pekarangan IPFN pada pukul 10.30 pagi tadi.


KUALA LUMPUR - 12 mayat mangsa yang maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kesemua mayat itu tiba di pekarangan IPFN pada pukul 10.30 pagi menaiki trak polis.

Difahamkan, tujuh mangsa lain yang cedera turut dirawat ke HKL dengan empat daripadanya dilaporkan berada di Zon Merah manakala tiga lagi dirawat di Jabatan Kecemasan HKL kerana cedera ringan. - K! ONLINE