DIKEMASKINI: 11 lagi mayat mangsa kebakaran pusat tahfiz tiba di HKL

14/09/2017 2:10pm


Trak polis yang membawa 11 mayat mangsa tiba di HKL.


KUALA LUMPUR - Kumpulan kedua dipercayai terdiri daripada 11 mayat mangsa yang dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini 11.30 pagi tadi.

Jumlah itu menjadikan sebanyak 23 mayat mangsa sudah tiba di IPFN untuk tujuan bedah siasat.

Kesemua mayat itu dibawa menaiki trak polis. - K! ONLINE