Aura kuasai bahasa Mandarin popularkan Nur Syafiqah

20/09/2017 1:30pm


NUR SYAFIQAH


ARAU - Aura menguasai pertuturan dalam bahasa Mandarin menyebabkan seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis popular dalam sekelip mata.

Nur Syafiqah Azaman yang berusia 22 tahun tidak menyangka niat ikhlasnya membantu urusan pertukaran nama hak milik kenderaan dua penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah yang berasal dari Shandong, China secara tiba-tiba tular dalam Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Setakat pukul 12 tengah hari, hari ini, video berdurasi 1 minit 37 saat itu telah ditonton 3 juta orang dalam laman sosial Facebook.

"Niat saya hanya ingin membantu kerana kedua-dua pelajar itu tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

"Mereka ternyata gembira kerana urusan mereka telah dipermudahkan," katanya ketika ditemui media di Kompleks JPJ Perlis, Jejawi di sini hari ini. - K! ONLINE