Adam Corrie terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita

22/09/2017 9:16pm


Adam Corrie


KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Corrie Lee telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat negeri Selangor pada Khamis lalu.

Berita tersebut dikongsi pelakon yang popular dengan filem KL Gangster itu di akaun Instagramnya.

Adam, 48, yang berasal dari Pulau Pinang memeluk agama Islam pada 2007 dan telah mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad pada 2008. - K! ONLINE