Polis tahan penganggur, rampas heroin 1.8kg

25/09/2017 3:44pm


PDRM


SEBERANG PERAI - Seorang penganggur lelaki ditahan bersama 1.8 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM44,500 di hadapan sebuah rumah di Kuala Muda, Seberang Perai Utara di sini Sabtu lalu.

Suspek berketurunan berusia 35 tahun itu, diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) kira-kira pukul 4.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis SPU, Superintendan Abdul Aziz Daud berkata, suspek ditahan ketika sedang bermundar-mandir di hadapan rumah berkenaan.

"Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis juga sedang memburu seorang lagi lelaki berketurunan Cina yang dipercayai menjadi pembekal kepada suspek untuk dijual di sekitar Kuala Muda,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE