Sembilan pusat pemindahan banjir masih beroperasi di Perlis

25/09/2017 5:09pm


Paras air Empangan Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis masih stabil dengan hanya empat buah pintu air dibuka berbanding enam keseluruhan.


KANGAR - Bilangan mangsa banjir di Perlis semakin berkurangan apabila hanya 1,361 daripada 371 keluarga yang masih mendiami sembilan pusat pemindahan di sini dan Arau.

Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Bencana Negara Negeri Perlis sehingga pukul 4 petang hari ini, 16 pusat pemindahan telah ditutup.

Sembilan pusat pemindahan yang masih beroperasi 24 jam ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong, SK Panggau, SK Seri Perlis, Dewan Orang Ramai Kota Keran, Dewan Orang Ramai Pengkalan Asam dan Dewan Orang Ramai Taman Seri Pilihan di sini.

Sementara itu, di Arau dekat sini, empat pusat pemindahan masih beroperasi iaitu Dewan Orang Ramai Padang Petani, SK Kampung Serdang dan SK Long Boh.

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar dekat sini hari ini, paras air masih dalam keadaan stabil.

Sebanyak empat pintu air dibuka berbanding keseluruhan enam pintu.

Cuaca cerah di Perlis sehingga pukul 5 petang hari ini. - K! ONLINE