Keberkesanan berganda Jus Nusantara Gold, Charisma



ASPEK kesihatan merupakan satu anugerah terpenting dalam kehidupan yang tidak boleh diambil ringan.

Dengan perkembangan arus teknologi pada masa kini, banyak pengusaha produk kesihatan dan kecantikan telah menghasilkan pelbagai produk suplemen bermutu tinggi, mengikut cara tersendiri yang mengandungi khasiat yang baik untuk pengguna.

Tidak terkecuali, pengeluar dan pengedar produk kesihatan dan kecantikan terkemuka, Almas Beauty & Health (Almas) turut menghasilkan pelbagai bentuk makanan suplemen yang boleh dimanfaatkan oleh setiap golongan masyarakat di negara ini.

Pengasasnya, Datin Maziah Mohamed berkata, antara produk yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan terutamanya kaum wanita di Malaysia ialah Jus Nusantara Gold yang sememangnya cukup terkenal dengan kekayaan dan keistimewaan khasiatnya selain telah ditambah baik dengan lima bahan terbaik dunia.

“Jus Nusantara Gold adalah formulasi terbaharu Almas yang telah melalui proses olahan dan ditambah dengan bahan-bahan antara yang terbaik di dunia selain mengekalkan bahan-bahan sedia ada dalam jus tersebut.

“Saya percaya bahawa formulasi produk tersebut yang menggabungkan penggunaan makanan sunah seperti madu, kurma dan buah delima menjadikan produk itu penuh dengan khasiat dan sesuai diamalkan semua lapisan umur,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Maziah, antara bahan lain yang ditambah baik ialah temu hitam, lempoyang dan biji selasih yang sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu meningkatkan kesihatan manusia.

Beliau berkata, selain makanan sunah, Jus Nusantara Gold juga dirumus menggunakan tumbuhan herba tempatan yang dipercayai mengandungi pelbagai khasiat berguna sejak turun-temurun.

“Antara tumbuhan herba berkhasiat yang digunakan ialah temu lawak, halia bara, kunyit, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis dan habbatus sauda.


MAZIAH (kiri) bersama produk keluaran Almas yang mendapat tempat dalam kalangan pengguna.


“Keberkesanan Jus Nusantara Gold adalah tiga kali ganda lebih berkesan berbanding Jus Nusantara biasa yang berada di pasaran,” ujarnya yang menyatakan, Jus Nusantara Gold ditawarkan pada harga RM148 di Semenanjung Malaysia dan RM158 di Sabah dan Sarawak.

Katanya, Jus Nusantara Gold sesuai diamalkan golongan wanita dan lelaki seawal usia empat tahun dan turut menjadi pilihan warga emas kerana khasiat terbaik yang dirumus dan terkandung di dalamnya.

Dalam pada itu, Maziah memberitahu, orang ramai juga boleh mengamalkan satu lagi produk keluaran Almas iaitu Charisma Phyto Stemcell yang mempunyai pelbagai khasiat tersendiri sekali gus membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih ceria, aktif dan bertenaga.

“Antara khasiat produk berkenaan ialah ia dipercayai dapat membantu pengguna menghilangkan jerawat dan jeragat serta membantu membaik pulih sel-sel kulit mati.

“Bukan itu sahaja, kita juga percaya Charisma Phyto Stemcell boleh dimanfaatkan oleh golongan ibu yang sedang menyusukan bayi,” katanya yang menyatakan produk tersebut dijual pada harga RM128 di Semenanjung Malaysia dan RM138 bagi Sabah dan Sarawak.

Antara khasiat Charisma Phyto Stemcell adalah ia dipercayai dapat membantu pengguna menghilangkan jerawat dan jeragat, menutup liang-liang pori serta menjadikan kulit lebih mulus serta anjal.

Menariknya, Charisma Phyto Stemcell turut sesuai digunakan oleh kaum lelaki sebagai suplemen tambahan kesihatan terbaik dengan harga mampu milik.

Pengguna tidak perlu bimbang dan gusar untuk menggunakan produk keluaran Almas kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.