Tonik Suburambut, rawatan alternatif rambut bermasalah


Tonik Suburambut V’Asia mendapat permintaan tinggi di pasaran.


RAMBUT merupakan mahkota utama kaum wanita. Setiap wanita pasti menginginkan rambut yang sihat, segar, indah berkilau serta mudah diurus tanpa sebarang masalah.

Namun pada masa kini, golongan lelaki juga tidak terkecuali dalam mengurus dan mementingkan penampilan rambut mereka.

Tambahan pula dengan lambakan produk penjagaan rambut di pasaran yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna, sekali gus menyediakan platform yang luas bagi syarikat pengeluar barangan kesihatan tempatan.

Menyedari kepentingan tersebut, syarikat pengeluar barangan tempatan, V’Asia menawarkan produk khas untuk penjagaan rambut yang sesuai digunakan lelaki mahupun wanita dikenali sebagai Tonik Suburambut

Pengasasnya, Datuk Azril Mohd. Radzi berkata, Tonik Suburambut merupakan produk semburan yang boleh membantu pengguna untuk mendapatkan rambut yang lebih lebat, subur dan kuat tanpa perlu berbelanja tinggi.

“Tonik Suburambut dirumus khas daripada ramuan semula jadi seperti ekstrak aloe vera, minyak buah zaitun, ginkgo biloba, bunga raya, susu kambing dan akar ginseng yang membantu menyubur, mengukuh, melebat dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

“Kami percaya tonik ini membantu anda melembap, merapi, menyinar dan menghaluskan rambut yang kering, mudah gugur, serta bercabang di samping mengatasi masalah kelemumur serius,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Jelasnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan rambut seseorang itu rosak, antaranya cuaca panas, hujan yang tidak menentu, pencemaran udara, faktor kesihatan serta terdedah dengan sinar ultra ungu.


Gel Rambut Uban dan Lebat dan Inai Hitam / Perang + Herba sesuai diamalkan mereka yang mempunyai masalah rambut.


“Semua faktor berkenaan boleh menyebabkan golongan lelaki dan wanita menghadapi masalah kulit kepala seperti gatal, kelemumur, rambut kering, mudah putus serta bercabang dan gugur.

“Akibatnya, rambut akan tampak jarang, nipis, kulit kepala berminyak serta mula botak,” ujarnya.

Mengulas lanjut tentang Tonik Suburambut, Azril berkata, ia dihasilkan dengan formulasi herba tradisional yang dipercayai mengandungi kesan positif ke atas rambut pengguna.

Dijual pada harga RM27 (Semenanjung Malaysia) dan RM29 (Sabah dan Sarawak), pengguna disarankan menggunakannya sebanyak satu atau dua kali sehari selepas mandi, pada waktu pagi dan sebelah malam.

Dalam pada itu, untuk kesan yang lebih berganda dan menakjubkan, amalkan Tonik Suburambut bersama-sama dua produk lain iaitu Gel Rambut Uban dan Lebat serta Inai Hitam / Perang + herba.

“Gel Rambut Uban dan Lebat diformulasi daripada pati inai yang memberi kesan gelap kepada rambut sebaik sahaja penggunaannya selain berperanan membantu menukarkan warna rambut putih kepada warna gelap semula jadi serta lebat dan bersinar”

“Dengan isi kandungan 150 mililiter, Gel ini ternyata berfungsi dalam membantu mengekalkan melanin asal rambut agar kekal kehitaman selain berupaya memudahkan pengguna menggayakan rambut mengikut gaya yang diingini.

“Inai hitam dan herba pula dihasilkan dengan ramuan organik tanpa ammonia serta mengandungi pelbagai herba tradisional seperti daun inai dan noni yang diperkaya dengan vitamin, protein and mineral,” tambahnya.

Gel Uban dan Lebat ditawarkan pada harga RM27 (Semenanjung Malaysia) dan RM29 (Sabah dan Sarawak) manakala Inai Hitam / Perang + herba pula berharga RM26 (Semenanjung Malaysia) dan RM28 (Sabah dan Sarawak).