Wajah berseri seperti emas dengan FR Anggun Kosmetik Set 5 Dalam 1


NORSURIANA bersama produk keluaran FR Health & Beauty Empire.


MENCARI produk penjagaan wajah yang dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi bukanlah perkara mudah terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit wajah yang serius.

Lambakan produk kosmetik di pasaran yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri turut menyukarkan lagi orang ramai mencari barangan penjagaan wajah yang sesuai dan tidak berbahaya.

Menyedari hakikat berkenaan, pengasas FR Health and Beauty (H&B) Empire, Norsuriana Ayob mengambil inisiatif memperkenalkan produk sulung terbaharunya, Set Kecantikan FR Anggun Kosmetik Emas 24 karat yang menggabungkan pelbagai bahan semula jadi dan serbuk emas bagi memberi hasil lebih berkesan.

Menurut beliau, antara bahan yang digunakan dalam set berkenaan ialah pelbagai jenis bahan semula jadi yang sememangnya terkenal dengan khasiatnya seperti ekstrak kulit kayu manis, ekstrak daun teh, ekstrak daun sireh dan habbatus sauda yang dirumus khas dengan menggunakan teknologi nano.

“Kami juga turut menggunakan serbuk emas 24 karat dalam beberapa produk dalam set berkenaan kerana percaya ia mampu memberikan kesan yang lebih menyeluruh pada kulit wajah wanita mahupun lelaki.

“Emas sangat sinonim dengan kelebihannya yang mampu mengekalkan keanjalan kulit selain berfungsi sebagai ejen antipenuaan agar wajah sentiasa kelihatan awet muda,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Norsuriana memberitahu, antara kelebihan set 5 dalam 1 itu juga ialah dapat membekalkan kolagen kerana bersifat antioksidan serta sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk yang kulit berminyak, berparut, berjerawat ataupun berjeragat.

“Set yang mendapat sentuhan kemewahan emas 24 karat ini juga dirumus khas dengan tekstur 1,000 kali lebih halus serta penyerapan yang lebih sempurna tanpa meninggalkan kesan minyak atau melekit pada kulit wajah.

“Selain itu, kesemua bahan utama dalam produk tersebut yangg mampu memberikan kesan positif seawal lapan hari sekiranya digunakan mengikut rutin yang disarankan tanpa memberikan kesan sampingan seperti kulit menggelupas, pedih atau kemerahan,” ujarnya.

Katanya, lima produk bersaiz 50 gram (g) setiap satu yang terdapat dalam set tersebut ialah sabun pembersih emas 24 karat, krim pencerah, krim malam emas 24 karat, krim serum dan krim pelindungan matahari.

Ujarnya, sabun pembersih yang menggunakan serbuk emas dan ekstrak kulit kayu manis itu mampu menegangkan kulit serta membuang sel-sel kulit mati pada wajah manakala krim serum yang kaya dengan khasiat minyak Argan pula bertindak sebagai ejen pengecutan jerawat.

“Selain itu, untuk mendapatkan kesan yang lebih maksima, pengguna set turut disarankan memakai bersama Pure Toner (30 mililiter) dengan krim asas, Pretty Shine Foundation (50g). Setiap satunya berharga RM40 dan dijual berasingan daripada set berkenaan.

“Toner muka bertindak sebagai penyegar wajah serta mampu memberikan tona kulit lebih sekata selain menyegarkan wajah supaya lebih segar dan sihat,” jelasnya yang turut memberitahu, toner itu menggunakan bahan semula jadi daripada ekstrak bunga.

Tambah beliau, krim asas itu pula mengandungi SPF50 mampu bertindak sebagai pelindung sinaran matahari dan menjadi pengganti bedak asas.

Ujarnya, pengguna tidak perlu bimbang mengenai harga set yang menggunakan serbuk emas 24 karat itu kerana ia dijual pada harga yang mampu milik iaitu RM110 (Semenanjung Malaysia) dan RM115 (Sabah dan Sarawak).

“Set yang baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini turut dijual secara online selain menerusi khidmat pengedar. Promosi mulut ke mulut oleh golongan tersebut serta para pelanggan juga turut membantu dalam memperkenalkan produk berkenaan kepada orang ramai.

“Kami juga turut membuka peluang dengan mengalu-alukan orang ramai yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi ejen atau pengedar berdaftar FR Anggun Kosmetik,” katanya.