Jus Tradisi Wanita, minuman lengkap kaum Hawa



Sudah menjadi fitrah dalam kalangan wanita untuk menginginkan kecantikan dan mahu menjaga diri. Ia membuatkan mereka sentiasa mencari produk berharga mampu milik di pasaran.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu produk sedemikian mengandungi bahan berbahaya dan boleh menyebabkan kemudaratan setelah mengamalkannya.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, Jus Tradisi Wanita keluaran syarikat berkenaan merupakan minuman herba khusus untuk wanita yang ingin tampil sihat dan berseri.

Katanya, ia mengandungi khasiat 16 herba terpilih, antaranya akar serapat, habbatus sauda, sarang burung, delima, kurma dan pelbagai lagi.

“Istimewa Jus Tradisi Wanita juga adalah kerana ia turut dilengkapi dengan kandungan kolagen yang berfungsi memelihara kulit dari dalam dan memastikan proses penggantian sel kulit sentiasa berlaku, selain mengelakkan ia menjadi kering dan mengurangkan kedutan.

“Menariknya, Jus Tradisi Wanita juga sesuai untuk diamalkan ibu yang baru melahirkan bayi kerana ia membantu mengubati luka dalaman dan luaran selepas mereka bersalin,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Siti Maryam berkata, gadis seawal usia remaja yang mengalami masalah kesihatan dalaman boleh mengamalkan Jus Tradisi Wanita kerana kandungan madu di dalam produk tersebut membantu mengurangkan ketidakselesaan pada bahagian bawah perut.


Jus Tradisi Wanita mengandungi pelbagai khasiat berguna.


Beliau memberitahu, selain berfungsi secara menyeluruh untuk membantu menjaga kesihatan dalaman wanita dan aset kewanitaan, Jus Tradisi Wanita juga membantu membekalkan tenaga tambahan kepada pengguna yang mengamalkan gaya hidup aktif, selain berguna kepada sistem imunisasi mereka.

“Sebagai seorang lelaki, menjaga kesihatan dalaman adalah amat penting lebih-lebih lagi apabila mereka memikul tanggungjawab yang besar.

“Mempunyai rumusan daripada 20 jenis herba khusus yang sinonim dalam aspek penjagaan kesihatan dalaman lelaki secara tradisional, Jus Tongkat Ali merupakan antara produk Jamu Jelita yang terlaris di pasaran,” katanya.

Menurut Siti Maryam, Jus Tongkat Ali juga dipercayai pengguna kerana kandungannya yang asli dan diformulasi oleh pakar pemakanan dan pakar nutrisi bertauliah.

“Antara bahan–bahan yang terkandung di dalamnya ialah akar ginseng dan gingko biloba.

“Dijual pada harga berpatutan, Jus Tradisi Wanita dan Jus Tongkat Ali boleh dibeli di toko-toko jamu, kios dan stokis berdekatan anda pada harga serendah RM33.90 di Semenanjung Malaysia dan RM35.90 (Sabah dan Sarawak) sebotol,” katanya.