Formulasi tiga kali ganda Jus Nusantara Gold


Maziah menunjukkan Jus Nusantara Gold keluaran Almas yang digelar Penghulu Segala Produk.


KESIHATAN merupakan satu anugerah terpenting dan terindah dalam kehidupan yang tidak boleh diambil ringan oleh mana-mana individu.

Menerusi perkembangan arus teknologi yang pesat pada masa kini, ramai pengusaha produk kesihatan dan kecantikan telah menghasilkan pelbagai produk suplemen bermutu tinggi mengikut cara tersendiri yang mengandungi khasiat baik untuk orang ramai.

Tidak terkecuali, pengeluar dan pengedar produk kesihatan dan kecantikan bumiputera terkemuka, Almas Beauty & Health (Almas) turut menghasilkan pelbagai bentuk makanan suplemen yang boleh dimanfaatkan oleh setiap golongan masyarakat di negara ini.

Pengasasnya, Datin Maziah Mohamed berkata, antara produk yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan terutamanya kaum wanita di Malaysia ialah Jus Nusantara Gold yang sememangnya cukup terkenal dengan kekayaan dan keistimewaan khasiatnya selain telah ditambah baik dengan lima bahan terbaik dunia.

“Jus Nusantara Gold adalah formulasi terbaharu Almas yang diolah dan ditambah dengan bahan-bahan terbaik dunia selain mengekalkan yang sedia ada dalam jus tersebut.

“Saya percaya bahawa formulasi produk tersebut yang menggabungkan penggunaan makanan sunah seperti madu, kurma dan buah delima menjadikan produk itu penuh dengan khasiat dan sesuai diamalkan semua,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Maziah, antara bahan-bahan yang digunakan dalam menambah baik Jus Nusantara Gold ialah temu hitam, lempoyang dan biji selasih yang sememangnya mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan manusia.


Jus Nusantara Gold dan Charisma mendapat tempat dalam kalangan pengguna di pasaran.


Beliau berkata, selain menerapkan makanan sunah, Jus Nusantara Gold juga dirumus menggunakan tumbuhan herba tempatan yang dipercayai mengandungi pelbagai khasiat berguna sejak turun-temurun.

“Antara tumbuhan herba yang digunakan ialah temu lawak, halia bara, kunyit, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis dan habbatus sauda.

“Keberkesanan Jus Nusantara Gold adalah tiga kali ganda lebih berkesan berbanding Jus Nusantara biasa yang berada di pasaran,” ujarnya yang menyatakan Jus Nusantara Gold dijual pada harga RM148 di Semenanjung Malaysia dan RM158 di Sabah dan Sarawak.

Jus tersebut sesuai diamalkan oleh golongan wanita dan lelaki seawal usia empat tahun dan turut menjadi pilihan warga emas kerana kandungannya yang cukup berkhasiat.

Dalam pada itu, untuk kesihatan berganda, Almas turut menawarkan Charisma Phyto Stemcell yang mempunyai pelbagai khasiat, sekali gus membantu pengguna untuk menjalani kehidupan dengan lebih ceria dan kekal aktif.

Maziah berkata, produk tersebut dipercayai mempunyai khasiat yang dapat membantu pengguna menghilangkan jerawat dan jeragat serta membantu membaik pulih sel-sel kulit mati selain menjadikan kulit lebih mulus serta anjal.

“Bukan itu sahaja, kita juga percaya Charisma Phyto Stemcell boleh dimanfaatkan oleh golongan ibu yang sedang menyusukan bayi.

“Ia juga amat sesuai digunakan oleh kaum lelaki seawal usia 12 tahun sebagai suplemen tambahan kesihatan terbaik dengan harga mampu milik,” ujarnya.

Menyentuh mengenai rumusan bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan makanan tambahan tersebut, Maziah memberitahu, ia diformulasi daripada ekstrak anggur, ekstrak epal, minyak argan, ekstrak tomato dan buah beri yang terbukti memberikan kesan pencerahan seawal dua hingga tiga hari.

Jelas Maziah lagi, Charisma dijual pada harga yang amat berpatutan iaitu RM128 sebotol berisi 500 gram berbanding produk pencerahan dan kecantikan lain di pasaran.

Semua produk keluaran Almas dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) selain mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.