Atasi masalah jerawat, jeragat dengan D’Yatie Skin Care


RUZILAWATI (kanan) menunjukkan rangkaian produk di bawah jenama D’Yatie Skin Care.


SETIAP insan mengimpikan kulit wajah yang sihat agar sentiasa kelihatan berseri-seri dan segar kerana ia boleh membuatkan seseorang itu tampil lebih yakin dengan penampilan diri.

Masalah seperti kulit kusam, kesan jerawat dan jeragat yang ketara dan tona kulit tidak sekata merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh golongan wanita termasuk lelaki di negara ini.

Menyedari hakikat berkenaan, syarikat kosmetik bumiputera, D’ Yatie Natural Beauty Enterprise mengambil inisiatif menghasilkan set D’Yatie Skin Care dengan menggunakan 100 peratus ramuan semula jadi yang dirumus khas untuk mengembalikan kulit wajah yang sihat kepada penggunanya.

Pengasasnya, Ruzilawati Abdullah berkata, produk yang didatangkan lima dalam satu seperti sabun pencuci muka, serum, toner, krim siang dan krim malam dalam satu set tersebut mampu memberikan kesan positif terhadap kulit pengguna.

Katanya, kandungan bahan-bahan semula jadi yang digunakan seperti ekstrak strawberi dalam menghasilkan sabun pencuci muka itu berupaya untuk menegangkan kulit, mengecilkan liang pori serta membaiki tona kulit tidak sekata.

“Kandungan produk yang diformulasi dengan ekstrak bahan-bahan organik ini berfungsi sebagai agen antipenuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit, sekali gus mampu menaikkan semula seri wajah dan memelihara kehalusan kulit secara berpanjangan.

“Mereka yang menggunakan produk itu secara konsisten boleh mendapatkan kesan seawal seminggu, malah kulit pengguna akan berasa lembap dan mulus sehingga 24 jam lamanya,” katanya ketika ditemui Aura Juita baru-baru ini.


Rangkaian produk D’Yatie Skin Care mendapat tempat dalam kalangan pengguna di pasaran.


Tambah Ruzilawati, walaupun ia baru sahaja dilancarkan dan menemui pengguna di pasaran bermula tahun lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan terhadap produk tersebut.

Bagi serum pula, ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan organik dan berkualiti tinggi seperti minyak argan yang sangat baik untuk penjagaan dan rawatan kulit, vitamin C dan ekstrak lidah buaya.

Set berkenaan didatangkan dengan krim dua dalam satu iaitu krim siang dan malam dengan berat lima gram serta pencuci muka seberat 30 mililiter yang hanya berharga RM130 untuk satu set dan tahan sehingga dua bulan penggunaan.

Dalam pada itu, untuk mendapatkan kesan berganda, pengguna juga disarankan untuk mengamalkan Glammaz Chew yang dirumus khas daripada bahan-bahan berkualiti dan berkhasiat seperti kolagen, ekstrak strawberi, ekstrak blackcurrant, vitamin C dan stevia.

“Produk ini merupakan makanan kesihatan berbentuk tablet kunyahan berperisa seperti gula-gula dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta boleh dimakan pada bila-bila masa tanpa perlu dibancuh.

“Pengambilan produk ini akan menjadikan tona kulit lebih cerah dan sekata, kulit lebih gebu, lembap, tegang, merawat masalah jerawat, bertindak sebagai agen antipenuaan selain meningkatkan sistem imunisasi badan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, produk itu disyorkan diambil dua biji sehari pada waktu pagi sebelum sarapan dan kesan mampu dilihat seawal seminggu bergantung kepada hormon dan cara pengambilan seseorang.

Dijual pada harga RM100 untuk 33 biji tablet, pengguna dinasihatkan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya tiga liter sehari bagi membantu proses pencerahan yang optimum dan lebih berkesan.

Pengguna tidak perlu was-was untuk menggunakan produk keluaran D’Yatie Skin Care kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga kini, syarikatnya mempunyai lebih daripada 100 ejen sah di seluruh Malaysia dan menyasarkan penambahan 200 lagi ejen pada penghujung tahun ini.