Jus penjagaan kesihatan dalaman wanita Jazmeena Beauty


Pengguna tampak lebih berseri dan bertenaga selepas menggunakan produk Jus Herba Montook Perawan.


Tuntutan kerjaya dan aktiviti harian yang padat menyukarkan seseorang terutamanya wanita untuk menjaga aspek kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran mereka.

Menyedari kekangan tersebut, syarikat pengeluar dan pengedar produk kesihatan tempatan, Zaloni Nonie Beauty Empire memperkenalkan Jazmeena Beauty Jus Herba Montook Perawan yang boleh digunakan sebagai suplemen tambahan untuk membantu pengguna menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan mereka.

Pengasas Jazmeen Beauty, Zaloni Abu berkata, produk tersebut bukan sahaja sesuai diamalkan oleh pengguna wanita seawal usia 17 yang ingin menjaga kesihatan dalaman, malah mereka yang ingin mengamalkan kaedah penjagaan kesihatan secara moden.

Beliau yang juga dikenali sebagai Zaloni Nonie berkata, suplemen berkenaan mendapat khasiatnya daripada 12 jenis herba dan makanan sunah terpilih, antaranya manjakani, habbatus sauda, madu dan sel stem epal.

“Menerusi rumusan yang kami gunakan untuk menghasilkan Jus Herba Montook Perawan, saya percaya ia boleh membantu wanita menjaga kesihatan dalaman masing-masing.

“Antara khasiat yang terkandung dalam suplemen berkenaan adalah ia membantu pengguna untuk mencerahkan, meremajakan kulit serta mengawal berat badan mereka menerusi proses detoks,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zaloni Nonie berkata, proses detoks membantu pengguna untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan, sekali gus membantu meningkatkan kualiti kesihatan mereka.

“Produk tersebut juga boleh diamalkan wanita yang hamil, malah mereka yang sedang berpantang dan menyusukan anak juga sesuai menggunakan Jus Herba Montook Perawan.


Jus Herba Montook Perawan dijual pada harga RM75.90 sebotol.


“Rasanya yang manis seperti buah beri juga membuatkan suplemen itu mudah untuk diamalkan pengguna,” katanya yang turut memberitahu, produk tersebut juga boleh digunakan golongan lelaki.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai berat badan 55 kilogram (kg) ke bawah disarankan untuk mengambil satu sudu plastik besar sehari jus berkenaan iaitu sama ada pada waktu pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur.

Bagi mereka yang memiliki berat 55kg ke atas pula, katanya, mereka dinasihati untuk mengambilnya sebanyak dua kali sehari.

“Produk tersebut yang dijual pada harga RM75.90 di Semenanjung Malaysia dan RM79.90 (Sabah dan Sarawak) didatangkan di dalam botol bersaiz 250 mililiter dan boleh bertahan antara tiga minggu hingga sebulan, bergantung kepada cara ia diamalkan,” katanya.

Dalam pada itu, Zaloni Nonie memberitahu, sambutan memberangsangkan daripada pengguna juga membuatkan produk itu kini berjaya menembusi pasaran Singapura.

Tambahan pula, jelasnya, pengguna di negara berkenaan menggemari kaedah penjagaan kesihatan menerusi proses detoks.

“Kami kini membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menjadi ejen Jus Herba Montook Perawan. Mereka cuma perlu melaburkan RM350 sebagai modal permulaan dan pihak syarikat akan memberikan lima botol suplemen itu secara percuma kepada ejen tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, Jazmeena Beauty akan melancarkan produk penjagaan aset kewanitaan pada hujung bulan ini iaitu Kencang Perawan.