Mengaku pun salah, tidak mengaku pun salah


ELVINA MOHAMAD


DIVA kadangkala kasihan juga dengan rakan-rakan artis terutamanya apabila tiba-tiba dipalit kontroversi. Bukan apa, serba-salah Diva dibuatnya apabila ada saja yang tidak kena pada kaca mata netizen.

Contohnya pelakon baharu berbakat besar, Elvina Mohamad yang dituduh sering dilihat berpeleseran di kelab-kelab malam di ibu negara serta didakwa berada dalam keadaan mabuk baru-baru ini.

Meskipun Elvina mengaku pernah menjejakkan kaki ke situ, kehadirannya ke tempat-tempat sebegitu sebenarnya bersebab.

Elvina memberitahu teman Diva, dia datang kerana meraikan majlis ulang tahun kelahiran salah seorang kakitangan di syarikat pengurusannya bersama beberapa rakan artis lain, bukannya untuk bersuka ria serta menogok minuman keras.

Cuma biasalah, penjelasan Elvina seolah-olah tidak cukup pada pandangan netizen. Ada saja yang cuba dibangkitkan, kadang-kadang isu yang dibangkitkan tidak ada kena mengena langsung.

Kalau begini gayanya, mengaku salah tetapi tidak mengaku pun salah. Memang serba-salah dibuatnya.

Bertabahlah Elvina. Kesakitan selepas menjalani pembedahan ketumbuhan pada rahim pada penghujung bulan lepas pastinya masih terasa, jadi abaikan saja kata-kata menghiris kalbu netizen tu. Moga cepat sembuh okey.

Diva: Nadia Brian kata dia tidak begitu seksi selepas fotonya sedang bercuti di sebuah pulau peranginan mendapat perhatian netizen di laman sosial. Jadi tolonglah percaya.