Hafiz cerai Joy Revfa


HAFIZ memfailkan cerai terhadap isterinya, Joy Revfa di Mahkamah Syariah di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Kontroversi rumah tangga Hafiz Hamidun dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa yang berlarutan sejak tiga bulan lalu semakin memuncak apabila penyanyi lagu ketuhanan itu nekad memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Hafiz, 33, atau nama sebenar­nya Muhammad Hafiz Hamidun memfailkan permohonan tersebut dalam kamar mahkamah mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kira-kira pukul 1 petang.

Hafiz selaku plaintif yang hadir bersama peguam syarienya, Azmi Mohd. Rais mendakwa permohonan cerai ke atas isterinya, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd. Amin, 30, selaku defendan dibuat berikutan beberapa faktor.

“Antaranya tidak wujud lagi persefahaman antara kami, selain Joy melawan dan mengingkari segala suruhan saya sebagai seorang suami termasuk menjatuhkan imej serta reputasi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.