Mayat mangsa kedua kanak-kanak lemas ditemui

13/10/2017 11:57am


Mayat mangsa pertama ditemui petang semalam manakala mayat mangsa kedua ditemui tengah malam tadi. - Gambar fail


LANGKAWI - Mayat magsa kanak-kanak kedua yang dihanyutkan arus deras di air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang di sini ditemui tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Hisham Ibrahim berkata, mayat Nor Aiman Wahidah Mohd Rosli, 11, ditemui kira-kira 12.40 tengah malam oleh orang awam.

"Mayat mangsa ditemui di perangkap sampah dalam sungai di Kampung Ulu Melaka, kira-kira 5.8 kilometer dari lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, mayat Qistina Puteri Wira, 11, ditemui penduduk kampung tersangkut pada tebing sungai kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian pada 5.30 petang, semalam.

Dalam pada itu, dua lagi kanak-kanak yang masih hilang iaitu Anis Syahtirah Saad, 12, dari Kampung Lawer dan Siti Aishah Kassim, 5, dari Bukit Malut.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam, dua kanak-kanak terselamat manakala seorang ditemui mati lemas dan tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas. - K! ONLINE