Rektor UIA cipta sejarah wanita


Sultan Mizan (kanan) berkenan menyampaikan pentauliahan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu kepada Zaleha di Istana Syarqiyyah, Chendering semalam.


KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan tauliah pelantikan Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu.

Pelantikan Zaleha mencipta sejarah tersendiri apabila beliau muncul sebagai wanita pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut di negara ini.

Majlis penyampaian dilakukan di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini semalam dengan turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman dan Ketua Hakim Syarie Ne­geri Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd.

Zaleha dari Raub, Pahang merupakan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta berpengalaman luas dalam bidang undang-undang dan memegang Ijazah Doktor Falsafah Undang-Undang Keluarga Perbandingan (Sivil dan Syariah) dari Universiti London.

Beliau berkata, pelantikan itu tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai rektor UIA kerana perbicaraan kes rayuan membabitkan tuntutan harta dan perceraian hanya bersidang pada hari Ahad.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.