Malaysia, Qatar meterai 4 MoU


Terdahulu Sheikh Tamim diberikan sambutan rasmi negara di pekarangan Parlimen.Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat pada istiadat sambutan itu yang turut dihadiri Najib.


PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani semalam menyaksikan majlis menandatangani empat memorandum persefahaman (MoU) bagi mengeratkan hubungan dua hala Malaysia dan Qatar.

Empat MoU berkenaan melibatkan kerjasama dalam bidang aktiviti perundangan, kehakiman, latihan diplomat dan bidang pendidikan tinggi.

Majlis tersebut diadakan di Seri Perdana di sini sempena lawatan negara dua hari oleh Sheikh Tamim ke Malaysia.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menandatangani dua MoU masing-masing dalam bidang latihan diplomat dan pendidikan tinggi manakala Qatar diwakili oleh rakan sejawatannya, Sheikh Mohammad Abdulrahman Al Thani.

Sheikh Mohammad turut menandatangi MoU dalam bidang kerjasama aktiviti perundangan dengan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

MoU keempat dalam bidang kerjasama kehakiman ditandatangani oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar manakala Qatar diwakili Presiden Majlis Tertinggi Badan Kehakiman, Masoud Mohamed A. Amiri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.