Polis tumpaskan Geng Boy Alza


Fazlisyam (tiga dari kanan) menunjukkan antara peralatan dan barangan yang dirampas susulan tertangkapnya tujuh ahli Geng Boy Alza pada sidang akhbar di Besut semalam.


BESUT – Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes samun dan pecah rumah di daerah ini dengan tertangkapnya tujuh suspek termasuk dalang kumpulan dikenali Geng Boy Alza dalam tiga serbuan berasingan sejak Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, menerusi serbuan pertama pada Khamis lalu, dua lelaki berusia 17 dan 29 tahun diberkas di tepi jalan di Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja di sini ketika mereka menaiki sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih.

“Perodua Alza itu dipercayai digunakan oleh ahli kumpulan terbabit ketika melakukan samun di sebuah bank di Jerteh serta beberapa kejadian jenayah lain.

“Susulan tangkapan dua lelaki warga tempatan itu, polis berjaya menahan empat lagi suspek menerusi serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Akar pada pukul 6.20 petang Jumaat lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.