Tiada hati sambut Deepavali


Pandiyan (kiri) melihat keadaan Mariayappan sambil diperhatikan Rajespri (tengah) di rumah keluarga itu di Gua Musang semalam.


GUA MUSANG – Sambutan Deepavali yang sepatutnya dirai dengan penuh kemeria­han tidak sama dengan apa yang dirasai oleh keluarga Rajespri Kuppan, 39, yang tinggal di Taman Tropika di sini.

Katanya, sinar cahaya yang diharapkan semakin suram apabila suaminya, P. Mariayappan, 43, yang menjadi tempat bergantung terlantar sakit selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya empat bulan lalu.

Rajespri mengakui, dia tiada hati untuk menyambut Deepavali kerana bersedih dengan keadaan suaminya yang patah tangan, kaki dan cedera pada kepala.

“Sebelum ini, saya bersama dua anak bergantung hidup dengan suami yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kenderaan dengan gaji RM70 sehari.

“Kini kami hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.