Perlumbaan epik Hot Wheel ibu dan anak di Sunway Pyamid, Sabtu ini

17/10/2017 5:37pm

Shaine (dua dari kiri) dan anaknya Tan Jacob memenangi gimik kejohanan perlumbaan epik ibu dan anak hari ini.


PETALING JAYA - Permainan kanak-kanak terkenal Hot Wheel mengadakan kejohanan perlumbaan epik ibu dan anak yang melibatkan enam negara Asia Tenggara di pusat membeli-belah Sunway Pyramid pada Sabtu ini.

Finalis enam negara itu melibatkan pelumba cilik yang berumur lima hingga 12 tahun bersama ibu masing-masing melengkapkan kejohanan berkenaan.

Cabaran di Track Builder Zone.


Pengurus Serantau Mattel Asia Tenggara, Ivan Franco berkata, Hot Wheel sekali lagi mengadakan kejohanan epik yang akan memberi pengalaman istimewa antara ibu dan anak lelaki masing-masing yang akan bersama-sama bersemangat memenangi pertandingan berkenaan.

Kedua-dua pasangan ibu dan anak bersaingan dalam cabaran bagi memenangi kejohanan.


"Setiap pasangan akan diberi tiga cabaran iaitu "Track Builder Zone", Epic Loop Zone" dan "Challenger Zones" yang menguji kemahiran ujian, kerja berpasukan dan ketepatan memilih kenderaan Hot Wheel," jelasnya ketika melancarkan gimik kejohanan itu di sini hari ini.

Sempena gimik kejohanan itu, dua pasangan selebriti bersama anak mereka iaitu isteri kepada pelawak terkenal Harith Iskander iaitu Dr. Jezamine Lim dan anak lelakinya, Zander Xayne Iskander.

Satu lagi pasangan iaitu blogger terkenal, Shaine Wong dan anak lelakinya, Tan Jacob. - K! ONLINE