Seorang lagi adik Shafie Apdal ditangkap SPRM

17/10/2017 9:36pm


MOHD. YUSOF APDAL (Foto Sabah Kini)


KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd. Yusof Apdal ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membangunkan negeri Sabah.

Menurut sumber SPRM, Mohd. Yusof yang juga adik kepada bekas Menteri KKLW merangkap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ditangkap di pejabat SPRM di sini pada pukul 8 malam tadi.

“Ya, Mohd. Yusop ditangkap kira-kira pukul 8 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM pada sebelah pagi," katanya secara ringkas kepada Kosmo! hari ini.

Bagaimanapun, sumber berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai penangkapan ahli politik terbabit.

Terdahulu pagi ini, Mohd. Yusof diminta hadir ke pejabat agensi berkenaan untuk memberi keterangan berhubung siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE