Seorang lagi direman berhubung penyelewangan dana Sabah

18/10/2017 1:22pm


Mohd. Yusof ketika direman hari ini.


KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang wakil rakyat di sini hari ini.

Datuk Mohd. Yusof Apdal, 57, ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan penyelewangan dana sebanyak RM1.5 bilion yang disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Luar dan Wilayah (KKLW) untuk membangunkan Sabah.

Permohonan itu diluluskan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu itu ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd. Faliq Basiruddin; Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rozanna Abd. Hadi dan Rustam Anip.

Yusof diwakili peguam Edward Paul dan Philip Lee.

Ketua Bahagian itu merupakan adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie yang juga individu kesembilan ditahan SPRM.

Selain Yusof, seorang lagi adik kepada Shafie iaitu Hamid, 52, masih dalam tahanan reman yang tamat pada Jumaat ini. - K! ONLINE