Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.


SUATU masa dahulu, penduduk Yangon di Myanmar yang gemarkan yoga akan melakukan senaman itu di halaman rumah mereka. Kadangkala, ketika sedang melakukan latihan itu, seekor kambing tiba-tiba sahaja melintas di hadapan mereka.

Dalam erti kata lain, mereka melakukan yoga dengan keadaan yang ‘tidak tenang’ tetapi kini, senaman yoga sudah melonjak ke satu peringkat yang lebih baik.

Individu yang melakukan senaman itu kini meninggalkan dinding jalanan untuk ke pusat-pusat yoga yang lebih selesa berhampiran rumah mereka.

Khin Myat Thu Zar tidak berhadapan masalah untuk memanjat dinding khusus untuk senaman yoga di sebuah pusat yang baru dibuka di bandar itu.

Dengan bantuan tali yang dipegang oleh rakannya daripada bawah, dia mencengkam erat tali berkenaan menggunakan kaki lalu memusingkan dirinya ke bawah.

Kedudukannya dalam keadaan terbalik iaitu kaki di atas manakala kepala tergantung ke bawah.

“Lebih banyak kekuatan diperlukan untuk melakukan aksi ini. Selain itu, minda pula perlu dikosongkan supaya sentiasa berasa tenang.

“Anda perlu berani jika ingin mencuba aksi ini,” kata bekas peguam berusia 32 tahun yang telah mengajar yoga di Myanmar secara profesional sejak lima tahun lalu.

Dia mula memanjat dinding yoga kira-kira enam bulan lalu sebagai cara untuk menguatkan ototnya.

“Perasaan memanjat dinding amat berbeza dengan melakukan yoga di atas lantai.

“Seseorang yang berhati lemah dan tidak suka berhadapan dengan risiko tidak mungkin dapat melakukan senaman dengan cara ini.

“Jika kita melakukan langkah atau tindakan yang salah, ia boleh mencederakan diri kerana berbahaya,” katanya yang memutuskan untuk mencintai bidang yoga berbanding kerjaya sebagai peguam.

Kecergasan


RAKYAT Myanmar boleh melakukan aktiviti kegemaran selepas negara itu bebas daripada peraturan memasuki ketenteraan sejak enam tahun lalu.


Kebanyakan pelajarnya terdiri daripada masyarakat kelas pertengahan yang semakin berkembang di daerah itu.

Mereka boleh melakukan aktiviti kegemaran selepas negara itu bebas daripada peraturan memasuki ketenteraan sejak enam tahun lalu.

Pilihan gaya hidup penduduk juga lebih terbuka. Negara itu kini sudah mula menerima pelbagai gaya hidup daripada kehidupan Barat seperti restoran makanan segera dan kafe hipster.

“Zaman sudah berubah. Fesyen sukan kini menjadi trend terbaharu di Myanmar,” katanya.

Dia menyuarakan pendapat itu ketika ditanya adakah Myanmar masih konservatif dengan wanita tidak boleh memakai pakaian yang terlalu terdedah?

Dalam pada itu, seorang pelajar berusia 25 tahun, Myint Myat Sandy berkata, dia mahu menggunakan teknik memanjat untuk meningkatkan kecergasan supaya dapat meningkatkan kemahiran yoga.

“Apabila kami melakukan yoga dalam keadaan memanjat, ia dapat membina kekuatan pada tangan,” katanya.

Seorang ahli bina badan usia 40-an, Sandar Win pula mengatakan, apabila melakukan yoga, terbit rasa kedamaian dalam diri yang sebelum ini tidak pernah ditemuinya.

“Saya suka perasaan yang saya alami pada akhir sesi yoga. Fikiran saya sangat tenang,” ujarnya. – AFP