Budak cedera digigit anjing


AININ SYUHADAH masih dirawat di HSNI, Batu Pahat selepas kepalanya digigit anjing Isnin lalu.


BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun cedera parah pada kepala apabila digigit seekor anjing daripada baka Labrador Retriever selepas mangsa terjatuh daripada motosikal di hadapan sebuah rumah kedai di Taman Banang Heights di sini pada Isnin lalu.

Kejadian kira-kira 10 pagi itu menyebabkan mangsa, Ainin Syuhadah Syrul Nizam terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Insiden tersebut dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang bapa saudaranya berusia 17 tahun bersama mang­sa, ibu, 30, dan kakaknya, 4, terbabas sebelum merempuh pintu sebuah rumah kedai selepas mengelak sebuah lori yang sedang memunggah barang.

Akibat rempuhan itu ke­semua penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan terjatuh sebelum seekor anjing yang diikat berhampiran telah bertindak menerkam dan menggigit mangsa.

Video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu yang berdurasi lebih satu minit turut menjadi tular sejak semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.