Koperal polis patah bahu kereta peronda dihimpit


KERETA peronda polis remuk selepas dihimpit kereta suspek di Kilometer 181, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Alor Pongsu, Bagan Serai semalam.


BAGAN SERAI – Seorang anggota polis berpangkat koperal patah bahu kiri selepas kereta peronda yang dinaikinya bersama dua anggota lain dihimpit sebuah kereta di Kilometer 181, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Alor Pongsu di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.20 pagi itu, mangsa, Nelson Mateo Kasin, 34, yang bertugas di Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang disahkan patah bahu kiri akibat kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, sewaktu kejadian, unit peronda tersebut sedang mengejar beberapa buah kereta termasuk kereta jenis Proton Wira yang dinaiki suspek.

Jelasnya, insiden mengejar itu bermula dari Pulau Pinang sebelum kenderaan yang dinaiki suspek dipercayai telah menghimpit kereta peronda polis sewaktu tiba di lokasi kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.