Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Miami

19/10/2017 2:14pm


Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas semasa bermandi-manda bersama salah seorang adik beradiknya d Pantai Miami, Batu Feringghi di sini kita-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berketurunan Melayu berusia 18 tahun dikatakan gagal diselamatkan manakala seorang lagi berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di situ.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.17 tengah hari dan tiba d tempat kejadian kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, seramai 11 anggota termasuk pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal serta Paya Terubong terdiri dikerah ke tempat.

"Mangsa sehingga kini masih belum ditemui dan operasi mencari sedang dijalankan manakala mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut," katanya di sini tadi. - K! ONLINE