Shafie Apdal diminta hadir beri keterangan di pejabat SPRM

19/10/2017 4:55pm


Shafie melambai kepada 300 penyokong Warisan dan dijangka memberi keterangan di Pejabat SPRM hari ini.


KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Sulaman di sini hari ini.

Beliau yang diiringi kira-kira 300 penyokong selamat tiba di KKIA menggunakan penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH6214 pada pukul 3.40 petang tadi.

Menurur sumber, Shafie dijangka memberikan keterangan pada pukul 5 petang hari ini bagi membantu siasatan penyelewengan dana sebanyak RM1.5 bilion disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara tahun 2009 hingga 2015 bagi membangunkan Sabah.

Shafie merupakan bekas Menteri KKLW dan Naib Presiden UMNO membentuk parti baharu iaitu Warisan selepas dipecat daripada UMNO.

Setakat ini tiga ahli keluarga Shafie iaitu Mohd. Yusof Apdal, 57; Hamid, 52 dan menantu Hamid, Manzur Hussein Awal Khan, 33 ditahan SPRM bagi membantu siasatan. - K! ONLINE