Shafie tiba di pejabat SPRM Sabah beri keterangan

19/10/2017 7:18pm


Shafie tiba di pejabat SPRM di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Jalan Sulaman pukul 5.15 petang tadi.


KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Jalan Sulaman di sini pada pukul 5.15 petang tadi.

Menurut sumber, Shafie diminta hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan penyelewengan dana sebanyak RM1.5 bilion yang disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara tahun 2009 hingga 2015 bagi membangunkan Sabah.

Shafie merupakan bekas Menteri KKLW dan Naib Presiden UMNO membentuk parti baharu iaitu Warisan selepas dipecat daripada UMNO.

Setakat ini tiga ahli keluarga Shafie iaitu Mohd. Yusof Apdal, 57; Hamid, 52 dan menantu Hamid, Manzur Hussein Awal Khan, 33, ditangkap SPRM bagi membantu siasatan. - K! ONLINE