Sistem penyampaian berkesan


NAJIB (duduk) mencuba peralatan realiti maya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia Malaysia ke-29 di Putrajaya.


PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperkenal strategi Pengkomputeran Awan Pertama bermula dengan sektor awam bagi membolehkan kerajaan menyampaikan perkhidmatan awam inovatif dengan cepat kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan strategi itu akan dilakukan tanpa melibatkan kos yang tinggi terutama untuk melabur dalam pembangunan infrastruktur teknologi maklumat seperti pusat data, pelayan dan penyetoran.

“Ini membolehkan kerajaan memperuntukkan sumber untuk program yang memberi impak besar kepada rakyat. Dengan pelaksanaan strategi ini, tanpa ragu-ragu lagi kerajaan kini berada di hadapan dalam melaksanakan transformasi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia ke-29 di Perdana Putra di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.