Pearl White Pinky Plus khas untuk kecantikan kulit


PRODUK ini sesuai diamalkan pengguna untuk menjaga kecantikan dan pencerahan kulit dari dalam secara semula jadi.


Wajah kelihatan tua sebelum waktunya, kulit berkedut, kusam, menggeleber serta wajah berjeragat sering menjadi kerisauan tidak kira bagi lelaki mahupun wanita pada masa kini.

Bagi membantu mereka yang menghadapi masalah itu, Jamu Jelita menghasilkan Pearl White Pinky Plus iaitu minuman pencerahan premium untuk membantu pengguna mendapatkan kulit sihat serta menawan dari dalam secara semula jadi.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, produk yang selamat untuk diminum itu mengandungi rumusan buah-buahan yang tinggi kandungan antioksidan dan ia turut diformulasi menggunakan bioteknologi.

Jelasnya, teknologi itu membolehkan minuman itu untuk memberikan kesan optimum selepas diamalkan, sekali gus menjadikan Pearl White Pinky Plus mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna.

“Antara kandungan aktif yang terkandung di dalam Pearl White Pinky Plus ialah manggis yang sememangnya kaya dengan vitamin C dan ia yang penuh dengan agen antioksidan membantu dalam bagi mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.

“Ia juga membantu mengatasi masalah jerawat, kulit berminyak dan kering serta menggalakkan pemulihan sel kulit, seterusnya membantu memelihara kehalusan dan kecantikan kulit,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Siti Maryam, Pearl White Pinky Plus turut mengandungi buah acerola ceri yang tinggi kandungan vitamin A dan C, membuatkan minuman itu turut berfungsi menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit pengguna tampil lebih tegang dan anjal.


PLATINUM GOLD 4 dalam 1 mudah digunakan pengguna.


“Pearl White Pinky Plus didatangkan dalam pek premium bersaiz satu kilogram (kg) dan mampu bertahan sehingga dua bulan serta dijual pada harga RM96.90 di Semenanjung dan RM98.90 (Sabah dan Sarawak).

“Ia juga boleh didapati dalam pek ekonomi yang lebih jimat dengan saiz 400 gram pada harga mampu milik iaitu RM39.90 dan RM42.90 (Sabah dan Sarawak),” katanya yang memberitahu produk tersebut sesuai digunakan lelaki dan wanita.

Dalam pada itu, Siti Maryam berkata, istimewa untuk mereka yang mempunyai masalah penuaan serta pigmentasi disebabkan faktor usia serta cuaca yang tidak menentu ialah set penjagaan wajah Jamu Jelita Platinum Gold 4 dalam 1.

Ujarnya, produk tersebut yang dijual pada harga RM75.90 dan RM77.90 (Sabah dan Sarawak) dirumus dengan formulasi nano emas, menjadikan kulit pengguna lebih lembut dan anjal sekiranya digunakan secara konsisten.

“Set itu mengandungi Vitamin C Cleanser yang mana ia mencuci dan membersihkan liang pori. Seelok-eloknya gunakan ia setiap pagi dan malam.

“Sapukan Ageless Gold Serum sebelum mengoleskan Moisturizer Day Cream pada wajah untuk mencerah, merapatkan pori, menegang serta menganjalkan kulit yang menggeleber,” katanya.

Beliau memberitahu, Moisturizer Day Cream pula berfungsi sebagai asas solekan (foundation) yang mampu menutup serta memberi perlindungan dari sinaran ultraungu (UV).

“Amalkan Platinum Night Cream untuk memberi kelembapan pada wajah danb memperbaiki sel kulit ketika anda tidur.

“Dengan pembelian set Platinum Gold 4 dalam 1 itu, anda berpeluang mendapatkan Whitening Gold Soap secara percuma. Ia berfungsi untuk membantu menegang dan memberi kesegaran pada kulit wajah,” katanya.

Tambah Siti Maryam, rangkaian produk Jamu Jelita boleh didapati di toko-toko jamu dan stokis di seluruh negara serta secara online di shopee.com.my/jamujelita.my.