Magic Skin Serum bantu tambah keyakinan pengguna


NUR FATIN SYAHIRAH menunjukkan magic Skin Serum yang mengandungi pelbagai khasiat berguna.


Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menjaga penampilan diri, lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi yang dapat dilihat dari semasa ke semasa.

Syiera Fairy White Beauty yang merupakan pengeluar produk kesihatan tempatan sedar akan situasi tersebut dan bermula Mac lalu, syarikat tersebut menawarkan Magic Skin Serum kepada orang ramai.

Pengasasnya, Nur Fatin Syahirah Mohamad Sukri berkata, penggunaan serum merupakan antara kaedah yang paling mudah dan disenangi oleh rata-rata pengguna di negara ini.

Menurutnya, serum yang dijual pada harga mampu milik iaitu RM30 sahaja boleh digunakan oleh pengguna lelaki dan wanita bagi tujuan penjagaan kesihatan luaran mereka.

“Magic Skin Serum yang mempunyai isian sebanyak 60 mililiter (ml) itu sesuai diamalkan di peringkat bayi lagi. Ia membantu untuk mereka mendapatkan kulit lebih sihat.

“Antara kebaikan serum itu adalah ia membantu mereka untuk mengurangkan jerawat, jeragat, mencerah serta menegangkan kulit, malah melambatkan proses kedutan kulit,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Nur Fatin Syahirah, produk itu bukan sahaja boleh digunakan pada wajah, malah sesuai disapu pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan perlu.

Katanya, antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan serum itu adalah Gold Flakes 24K yang membantu menaikkan seri wajah dan kulit lebih tegang.

“Selain itu, ia juga mengandungi minyak argan, vitamin E dan C serta ekstrak bunga chamomile dan aloe vera barbadensis yang mana ia membantu proses penyembuhan luka.

“Bukan itu sahaja, Magic Skin Serum mudah untuk digunakan dan dicuci,” katanya yang turut memberitahu, produk tersebut boleh dibeli secara online atau melalui ejen serta stokis berdaftar.

Dalam pada itu, Nur Fatin Syahirah memberitahu, syarikatnya turut mengeluarkan produk Marula Magic Oil yang berharga RM25 dengan isian 20ml.

“Ia membantu pengguna untuk memudarkan parut pada wajah dan menjadikan ia tampak berseri. Selain dikenakan di wajah sebelum solekan digayakan, produk berasaskan wap itu juga boleh digunakan pada rambut,” katanya.