Kembara berbasikal ke Bagan Datuk sempena Hari Sukan Negara 2017


Sebahagian guru dan pelajar SK Sungai Balai menyertai kembara berbasikal sempena sambutan Hari Sukan Negara 2017 di Dataran Bagan Datuk baru-baru ini.


KEMBARA. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada 10 guru dan 40 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Balai, Jalan Kurup, Selekoh, Perak telah menyertai Kembara Berbasikal sempena sambutan Hari Sukan Negara 2017 baru-baru ini.

Kesemua peserta telah mengayuh basikal sejauh kira-kira 18 kilometer bermula dari SK Sungai Balai melalui Jalan Parit Nibong dan menuju ke Dataran Bagan Datuk.

Selain dapat menyihatkan tubuh badan, kembara berbasikal tersebut juga bertujuan menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan pelajar dan guru serta menekankan aspek beriadah secara berkumpulan.