20 dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang

21/10/2017 11:06am


Kawasan runtuhan di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Bungah.


GEORGE TOWN - Sebanyk 20 orang dikhuatiri tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini kira-kira pukul 8.50 pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.57 pagi dan tiba ke situ kurang 15 minit kemudian.

Kecerunan kawasan runtuhan dianggarkan setinggi 10 meter.

Menurutnya, seramai 30 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan usaha mencari mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus.

Setakat ini, kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan dan pihak berkuasa belum mengesahkan sebarang laporan kematian. - K! ONLINE