Tanah runtuh: Kerja-kerja di tapak pembinaan diarah berhenti serta-merta

21/10/2017 12:33pm


Anggota penyelamat menjalankan kerja-kerja mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus.


GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan kerja-kerja di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh untuk dihentikan serta-merta.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Maimunah Shariff berkata, arahan itu dikeluarkan untuk pihak berkuasa melakukan siasatan dan usaha menyelamat kira-kira 12 mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus.

Menurutnya, setakat ini dua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian pada pukul 9.55 dan 10.43 pagi serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini.

Menurut Maimunah lagi, pemaju mendakwa terdapat seramai 14 orang pekerja yang bertugas ketika kejadian. - K! ONLINE