Generasi muda cetek pengetahuan tentang institusi beraja

21/10/2017 2:23pm


Tengku Abdullah (tengah) berkenan menyampaikan sijiil sempena Majlis Konvokesyen Ke-14 Universiti Kuala Lumpur 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


PUTRAJAYA - Raja-raja Melayu melahirkan kerisauan dengan generasi muda masa kini yang dilihat hilang minat serta kurang pengetahuan terhadap institusi diraja.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah bertitah, sejak kebelakangan ini ada dalam kalangan golongan muda terlalu cetek pemahaman hingga memandang remeh peranan yang dimainkan institusi diraja berkenaan.

"Malah, lebih menyedihkan apabila ada yang tidak menghargai peranan institusi raja ini dan merasakan bahawa ia tidak lagi relevan dalam era globalisasi.

"Tidak kurang juga wujud golongan berkepentingan peribadi yang sering kali menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan berita palsu serta tohmahan terhadap institusi diraja sehinggakan tiada lagi hormat, hilang sudah adab," katanya ketika bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-14 Universiti Kuala Lumpur 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - K! ONLINE