34 orang dipindahkan selepas rumah dilanda tanah runtuh di Penampang

21/10/2017 4:26pm


Keadaan salah sebuah rumah yang dimasuki tanah runtuh akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.


KOTA KINABALU - Seramai 34 orang daripada sembilan keluarga di Kampung Kolam Damai Minintod, Penampang dipindahkan berikutan kejadian tanah runtuh yang dipercayai akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, mangsa dipindahkan ke Dewan Lembaga Sukan Penampang,

Ia berkata kejadian tanah runtuh berlaku kira-kira 9.50 pagi tadi. - Bernama