Petani rogol anak tiri ditahan

21/10/2017 6:46pm


Gambar hiasan


KINABATANGAN - Polis di sini semalam menahan seorang petani yang disyaki merogol anak tirinya berusia 14 tahun di Kampung Tongodon, Tongod.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superitendan A. Sahak Rahmat berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan selepas mangsa ditemani ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Tongod pada jam 11.35 pagi.

Katanya dalam laporan itu, mangsa mendakwa dirogol oleh bapa tirinya di tepi sungai Kampung Tongodon, Tongod sejak 2014 dan terakhir pada 1 September lepas.

Mangsa memberitahu kejadian kepada ibunya pada 1 Oktober lepas ketika berada di rumah neneknya di Kampung Entilibon Tongod, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa merupakan anak keempat daripada lima beradik dan selepas ibu dan bapa kandung mangsa bercerai, ibunya berkahwin dengan lelaki itu pada 2008. - Bernama