YGMB perluas pengambilan ahli

21/10/2017 11:07pm


Abd. Rauf (depan, lima dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat (enam dari kanan) bersama Taufik (empat dari kanan) bergambar bersama 400 guru agama yang hadir pada Seminar 8 Langkah Memahami BID’AH Bagi Guru-Guru Agama Daerah Kluang hari ini.


KLUANG - Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) memperluaskan lagi skim keahlian baharu kepada lebih 400 orang guru agama di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam sebuah program anjuran bersama Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kluang hari ini.

Timbalan Pengerusi YGMB, Datuk Abdul Raof Hussin berkata, semua guru agama digalakkan menyertai yayasan itu bagi membolehkan mereka menikmati 16 faedah kebajikan yang ditawarkan.

“Ia bukan sahaja buat warga pendidik di bawah kementerian, malah ia diperluaskan kepada guru-guru agensi seperti Majlis Agama Islam Negeri dan universiti swasta di seluruh negara,” katanya.

Hadir sama pada program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat dan Penolong Pegawai Pendidikan Islam Kluang, Taufik Othman. - K! ONLINE