Yusuf didakwa bakal dapat adik

HANIS bersama anak lelakinya, Yusuf.


Ada berita gembira disampaikan ke telinga Diva minggu lalu. Ceritanya ada kaitan dengan bayi lelaki paling popular, Yusuf Iskandar yang memiliki 1.8 juta pengikut di Instagram. Lebih tepat lagi, permata hati kepada pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.

Bukan apa, baru-baru ini teman Diva beritahu yang firasat dia mengatakan Yusuf bakal jadi abang. Sebabnya, dia terperasan Hanis memuat naik beberapa aktiviti di Instagram yang menunjukkan dirinya seolah-olah sedang berbadan dua.

Katanya, mula-mula Hanis muat naik gambar mangga muda dengan kapsyen ‘Mangga muda nak hilangkan mual’. Cuma, bila dia muat naik gambar yang menunjukkan dirinya seolah-olah hamil, Hanis kemudiannya cuba cover line dengan mengatakan dia selalu mual setiap kali balik kerja. Itu menurut teman Divalah.

Selain itu, kata teman Diva lagi, Hanis turut muat naik produk kolagen, Toujours, dengan mengatakan masa mengandung Yusuf dahulu, produk itu banyak membantu menghilangkan rasa mualnya. Sekali gus menunjukkan Hanis sedang di fasa mual ketika dia muat naik gambar tersebut.

Lebih menguatkan hujah teman Diva itu apabila dia turut menunjukkan gambar Hanis dalam keadaan perutnya berisi sedikit, namun pelakon cantik itu cuba menutupi perutnya dengan emoji gambar makanan.

Diva cuba-cuba layari Instagram Hanis dan Hairul untuk lihat barangkali ada gambar-gambar atau pengakuan hamil daripada pasangan itu. Malangnya tiada. Kalau benar Hanis mengandung Diva ucapkan tahniahlah ya.

Diva: Ramai betul yang kecam selebriti Datuk Aliff Syukri apabila dia berkongsi foto penyata KWSP di Instagram yang menunjukkan jumlah hampir RM2 juta yang dimilikinya di dalam akaun.