Desak polis tangkap gengster

INILAH Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang tempat mangsa diserang.


PASIR GUDANG – Seorang pemandu lori mendesak polis supaya segera menangkap sekumpulan 15 gengster yang dipercayai terlibat memukul dan menetak anaknya dengan senjata tajam hingga menyebabkan remaja itu parah dan tidak dapat berjalan.

M. Gengatharan, 43, berkata, tindakan ganas dan tidak berhati perut gengster tersebut telah mengakibatkan anaknya yang berusia 17 tahun cedera pada belakang badan dan kepala akibat ditetak dengan pisau dan parang selain tulang paha kanan dan belakangnya dikhuatiri patah.

Katanya, desakan itu dibuat kerana dia hanya mahukan keadilan kepada anak­nya yang kini masih terlantar di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

“Saya sangat sedih melihat anak sulung daripada tiga beradik itu teruk dipukul dan ditetak dengan senjata tajam. Walaupun keadaannya telah stabil namun dia masih belum dapat berjalan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.