Tiga mayat diselaputi selut


Anggota bomba mengangkat mayat buruh binaan yang ditemui tertimbus di bawah runtuhan tanah liat.


GEORGE TOWN – Tiga buruh binaan warga asing disahkan maut, manakala 14 lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Kondominium Granito @ Permai, Tanjung Bungah di sini semalam.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu berlaku ketika kesemua buruh warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar itu sedang melakukan kerja-kerja memasang tiang terma­suk memotong kayu dan besi di beberapa ruang bawah tanah.

Tapak projek di lereng bukit itu dipercayai dibina di atas kawasan tanah bukit yang telah ditarah. Bagaimanapun, pasukan keselamatan masih menyiasat punca sebenar tragedi tersebut berlaku.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.