Tanah runtuh: Tiga lagi mayat mangsa tertimbus ditemui di Lembah Permai

22/10/2017 10:00am

Anggota penyelamat mencari mangsa yang masih tertimbus.


GEORGE TOWN - Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri mengesahkan penemuan tiga lagi mayat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik, [email protected], Lembah Permai di Tanjung Bungah di sini.

Mayat keempat dikenalpasti sebagai Hosrin dijumpai pada pukul 11.31 malam semalam, kelima ialah Erwin yang ditemui pukul 2.45 pagi manakala mangsa keenam yang belum diketahui identiti itu ditemui kira-kira pukul 3.59 pagi tadi.

Hosrin dan Erwin merupakan warga Indonesia.

Jumlah terkini mangsa yang masih tertimbus adalah lapan orang termasuk seorang penyelia tapak warga tempatan iaitu Yuan Kuok Wern, 20-an.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan sehingga kini dengan membabitkan pelbagai agensi keselamatan. - K! ONLINE