Tanah runtuh: Hanya 11 mangsa disahkan terperangkap

22/10/2017 10:10am


Anggota penyelamat mengangkat mangsa yang ditemui dalam tragedi tanah runtuh.


GEORGE TOWN - Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan hanya 11 mangsa sahaja yang terperangkap dalam tragedi tanah runtuh di tapak projek kondominium [email protected], Tanjung Bungah di sini semalam.

Penolong Ketua Pengarahnya (Operasi dan Menyelamat), Edwin Galan Teruki berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati tiga daripada 14 pekerja termasuk seorang warga tempatan di situ sempat melarikan diri dan mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebaik kejadian berlaku.

"Ketiga-tiga lelaki warga Bangladesh termasuk seorang Myanmar itu dikatakan melambung ke permukaan tanah sebelum sempat melarikan diri. Mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian anggota badan.

"Bagaimanapun, usaha mencari lima lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuh masih giat dijalankan dan operasi dijangka selesai petang ini," katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Sehingga kini, enam mayat mangsa telah ditemui. - K! ONLINE