Tanah runtuh: Operasi bawa keluar mayat ketujuh makan masa lebih tiga jam

22/10/2017 1:07pm


Keadaan kawasan runtuhan di Tanjung Bungah.


GEORGE TOWN - Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa mengambil masa lebih tiga jam untuk membawa keluar mayat ketujuh yang masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kondominium Granito @ Permai, Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini tadi.

Pengarah Bomba negeri, Saadon Moktar berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mangsa berikutan kedua-dua kakinya tersepit di celahan konkrit dan tiang bawah timbunan tanah.

Menurutnya, operasi sedang dijalankan dengan menggunakan peralatan manual termasuk jengkaut dan eskavator sejak pukul 9.50 pagi tadi.

"Pihaknya yakin, mayat mangsa yang belum dikenalpasti identiti itu sedang dijalankan sehingga pukul 12.45 tengah hari tadi," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian di sini. - K! ONLINE