Tanah runtuh: Mayat ketujuh dijumpai, empat lagi sedang dicari

22/10/2017 1:26pm




GEORGE TOWN - Mayat ketujuh dalam tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9.52 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Md. Nur Alam yang merupakan warga Bangladesh berdasarkan pengecaman dibuat rakan mangsa.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini sebentar tadi bagi urusan bedah siasat.

Menurutnya, setakat ini pihak berkuasa sedang dalam usaha mengesan empat lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan tanah tersebut. - K! ONLINE