Dabong dibadai hujan batu


BUMBUNG rumah penduduk rosak teruk selepas ditimpa hujan batu dan diterbangkan ribut di Dabong, Kuala Krai petang kelmarin.


KUALA KRAI – Ribuan penduduk di sekitar Dabong di sini melalui detik cemas apabila rumah mereka dilanda kepala ribut disertai hujan batu petang kelmarin.

Akibat ribut kuat dan hujan batu itu sebanyak 32 buah rumah serta sekolah rosak selepas bumbung diterbangkan angin serta dihempap pokok tumbang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, penduduk di beberapa kawasan perumahan di pekan Dabong terkejut selepas dibadai ribut yang mengganas disusuli hujan batu sebesar ibu jari orang dewasa.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan menimpa penduduk dalam kejadian yang berlaku kira-kira setengah jam itu.

Menurut seorang penduduk, Rahilah Zakaria, 56, dia bersama anaknya yang berusia 20 tahun berada di rumah jiran sebelum keadaan berubah menjadi kecoh dengan bunyi ribut kuat secara tiba-tiba di kawasan luar rumah.

“Saya melihat dengan jelas atap bumbung rumah tercabut satu persatu akibat ribut kuat tersebut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.