Fokus baik pulih Tabika KEMAS


Kontinjen Tabika KEMAS dari Johor meraikan kejayaan menjuarai Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan 2017 di UTeM, Durian Tunggal semalam.


ALOR GAJAH – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kini menumpukan usaha untuk membaik pulih dan menyelenggara premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat kepada kanak-kanak peringkat prasekolah.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 198 daripada 11,215 buah Tabika KEMAS di seluruh negara telah dikenal pasti untuk diselenggara terutamanya dalam aspek pendawaian.

“Terdapat dua program (baik pulih), pertama adalah menggunakan peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan dan kedua melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi program anak angkat di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Ada beberapa Tabika KEMAS memerlukan bangunan baharu dan sebagainya, ini pun kita akan bina bangunan baharu tetapi pada peringkat awal ini, kita fokus untuk penambahbaikan. Kita melihat keutamaan dari segi pendawaian dan menukar atap yang sudah tidak berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan 2017 di Kompleks Sukan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.