Tanah runtuh: Dua mayat terakhir tragedi di Tanjong Bunga dijumpai

23/10/2017 11:49am


Mayat Monirul dibawa ke hospital pagi tadi.


GEORGE TOWN - Dua mayat terakhir daripada 11 mangsa yang terperangkap dalam tragedi tanah runtuh di tapak projek kondominium Granito @ Permai, Tanjong Bunga di sini berjaya ditemui pasukan penyelamat sebentar tadi.

Mayat ke-10 ialah warga tempatan, Yuan Kouk Wern, 27, dijumpai pada pukul 7.03 pagi namun usaha mengeluarkan mangsa masih dijalankan sehingga kini berikutan keadaannya yang tersepit di sebalik tiang cerucuk.

Bagaimanapun, mangsa ke-11 yang merupakan warga Bangladesh, Muhammad Monirul Islam berjaya dikeluarkan dalam tempoh sejam selepas operasi menyelamat dilakukan pukul 7.13 pagi tadi.

Kejadian tanah runtuh berlaku semasa 14 pekerja buruh termasuk seorang penyelia tapak projek sedang menjalankan kerja-kerja memasang tiang serta mengikat konkrit di ruang bawah tanah kondominium setinggi 50 tingkat itu kita-kira pukul 8.30 pagi kelmarin. - K! ONLINE