68 individu ditangkap terlibat judi haram di Sarawak

23/10/2017 10:44am


Operasi judi haram di Sarawak minggu lalu.


KUCHING - Polis Sarawak berjaya memberkas 68 individu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti judi haram menerusi 49 serbuan sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan tersebut melibatkan 47 buah premis menjual loteri haram dan dua pusat judi siber bermula 16 Oktober hingga semalam.

"Secara keseluruhannya, polis menahan 61 individu dan merampas wang tunai sebanyak RM12,9832 dalam 47 serbuan judi haram di Kuching, Padawan serta Sibu.

"Manakala tujuh individu lagi ditahan membabitkan aktiviti judi siber dan dipercayai membekalkan perkhidmatan perisian semula kepada penjudi siber," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dev menambah, kesemua individu yang ditahan berusia antara 16 hingga 67 tahun.- K! ONLINE